Skip to main content

Jenis Kereta - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646








Kereta

Kereta merupakan sejenis pengangkutan darat yang banyak dijumpai di atas jalan di Malaysia. Antara ciri-ciri asas sebuah kereta adalah mempunyai empat (4) tayar, enjin, pintu, bumbung, tempat duduk dan bahagian-bahagian asas yang lain.

Terdapat banyak jenis kereta di Malaysia. Antaranya adalah compact, sedan, suv dan mpv. Semua jenis kereta ini boleh di sewa di Kereta Sewa Kota Bharu pada harga yang berpatutan.

Compact merupakan kereta yang bersaiz kecil yang lebih sesuai digunakan di bandar. Ramai golongan wanita yang menggemari kereta jenis ini kerana memudahkan urusan parkir dan pemanduan di jalan yang agak kecil.

Sedan merupakan antara kereta yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia antaranya mereka yang ada keluarga kecil. Ini kerana kereta jenis ini mempunyai ruang penyimpanan barang yang agak luas di bahagian belakang. Ini sangat membantu untuk mereka yang banyak barang dan sesuai untuk perjalanan jauh mahupun dekat.

SUV atau Kenderaan Utiliti Sukan merupakan antara kereta yang menjadi trend ramai rakyat Malaysia sekarang. Kenderaan ini lebih tinggi berbanding kereta lain dan saiz lebih besar berbanding sedan. Kereta jenis ini tidak mempunyai ruang penyimpanan tertutup seperti sedan tetapi mempunyai ruang penyimpanan yang cukup luas. Kereta jenis ini juga boleh didapati dalam pelbagai varian antaranya lima (5) atau tujuh (7) tempat duduk.

Kenderaan Pelbagai Guna atau lebih dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia dengan nama MPV merupakan kenderaan yang mempunyai minimum tujuh (7) tempat duduk. Kereta jenis ini kebiasaannya bersaiz lebih besar berbanding sedan. Agak kurang digemari oleh golongan wanita. Tetapi kereta ini sangat sesuai dan selesa bagi mereka yang suka membawa ahli keluarga berjalan-jalan atau pulang ke kampung. Kami di Kereta Sewa Kota Bharu ada menawarkan beberapa jenis MPV antaranya adalah Alza, Exora, Vellfire dan Starex.

Bagi mereka yang mencari kereta untuk disewa di kawasan Kota Bharu, boleh terus menghubungi kami di Kereta Sewa Kota Bharu untuk mendapatkan harga yang istimewa serendah RM110/sehari dan lebih diskaun jika anda menyewa untuk 2 hari atau lebih.

Sila hubungi kami untuk tempahan awal...


       Call / Sms / Whatsapp                    0197634646




Mengapa anda perlu memilih kami Kereta Sewa Kota Bharu - Lundang?

  • Kami berpengalaman dalam bidang kereta sewa di Kota Bharu 
  • Kereta kami di jaga dengan baik, bersih, dan wangi
  • Rangkaian kami terbesar di Malaysia, maka anda tidak perlu risau kerana cawangan-cawangan rakan syarikat kami ada di setiap negeri
  • Harga yang kami tawarkan adalah berpatutan, setanding dengan perkhidmatan yang kami berikan.
   Dokumen yang anda perlu sediakan adalah :-

  •     Salinan kad pengenalan
  •     Salinan lesen memandu yang sah
  •     Salinan bil utiliti yang terkini
( Kami tidak akan menyewakan kereta jika dokumen anda tidak lengkap)
Sila hubungi kami untuk tempahan awal...


Call / Sms / Whatsapp                  0197634646



Kami juga berada di laman Facebook dan Instagram

Kereta Sewa Kota Bharu – Kereta Sewa Di Kota Bharu – Kereta Sewa Kelantan – Kereta Sewa Airport  Kota Bharu



Comments

Popular posts from this blog

Cara Isi Minyak Hyundai Starex Royale - Kereta Sewa Kota Bharu

Bagi mereka yang merancang untuk perjalanan jauh bersama keluarga tersayang, Hyundai Starex Royale merupakan pilihan terbaik yang kami tawarkan di Kereta Sewa Kota Bharu. Dengan enjin 2.5 CC Turbo Diesel, menjadikan pemanduan sungguh menyeronokkan. Starex juga didatangkan dengan 11 tempat duduk yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan. Enjin 2.5 CC Turbo Diesel Starex menjadikan pemanduan MPV seperti sedan kerana lebih yakin semasa memotong. Sistem audio yang hebat dilengkapi dengan 2 LCD bagi kemudahan penumpang terutamanya kanak-kanak. PERINGATAN! Starex menggunakan DIESEL! Disini kami akan kongsikan cara untuk mengisi minyak Starex. Cara ini mungkin berbeza dengan kenderaan lain. 1.       Tempat mengisi minyak starex berada di sebelah kiri. 2.       Untuk membuka tempat mengisi minyak, anda perlu menekan butang yang bertanda “Pump Minyak” pada pintu pemandu, di bawah sedikit dari kawalan cermin di sebelah kanan seperti di dalam gambar. 3.       Ap

Doa Menaiki Kenderaan - Kereta Sewa Lundang

Kereta Sewa Kelantan | Kereta Sewa Kota Bharu | Kereta Sewa Lundang | Doa Menaiki Kenderaan DOA MENAIKI KENDERAAN Kita memang digalakkan untuk membaca doa dalam setiap perlakuan kita seharian. Islam memang mengajar kita setiap doa. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang terlepas pandang beberapa doa harian yang sebenarnya sangat penting dan sangat berguna kepada kita jika diamalkan. Kami di Kereta Sewa Kota Bharu ingin berkongsi salah satu daripada doa harian yang sering kita amalkan iaitu doa Menaiki Kenderaan. Semoga kita semua mendapat manfaat dan kebaikan. Pernah tak terjadi: Kereta rosak di saat akhir? Roadtax terlupa bayar? Kereta tidak sesuai untuk perjalanan yang jauh? Jangan Risau! Kami ada penyelesaian kepada masalah anda tersebut. Kami di kereta sewa kota bharu menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri pada harga yang berpatutan. Boleh terus berhubung dengan pegawai kami yang bertugas untuk tindakan lanjut. Hubungi kami —

Tekanan Angin Tayar - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Tekanan Angin Tayar Pasti ada di antara kita yang tidak pasti bagaimana cara untuk mengetahui dengan tepat berapa tekanan angin tayar yang sepatutnya. Cuba lihat "sticker" putih yang terletak pada tepi pintu tempat duduk pemandu. Perlu buka pintu untuk melihat. Baca dengan teliti dan pastikan unit yang digunakan pada alat penambah angin adalah sama. Salah unit boleh mengundang bahaya. Isi angin mengikut bacaan yang di sarankan. Kurang atau lebih angin akan menyebabkan kerosakan pada tayar. Harga sewaan Myvi di kereta sewa Kota Bharu bermula dari RM130/sehari dan lebih diskaun jika anda menyewa untuk 2 hari atau lebih. Sila hubungi kami untuk tempahan awal...        Call / Sms / Whatsapp                    0197634646 Mengapa anda perlu memilih kami kereta sewa Kota Bharu - Lundang? •  Kami berpengalaman dalam bidang kereta sewa di Kota Bharu •  Kereta kami di jaga dengan baik, bersih, dan wangi •  Rangkaian kami terbesar di Malaysia, maka anda