Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Perodua Myvi 1.3 (A) - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Perodua Myvi 1.3 (A) Mula dibuat sekitar Tahun 2005 oleh salah satu syarikat pengeluar kereta terkemuka di Malaysia iaitu Perodua. Myvi merupakan antara produk terbaik keluaran Perodua apabila di iktiraf sebagai Kereta Paling Banyak Terjual untuk 8 tahun berturut-turut antara tahun 2006 – 2013. Myvi dikategorikan sebagai Kereta Kompak. Boleh memuatkan 5 orang dewasa dengan selesa beserta bagasi. Myvi juga amat di gemari oleh rakyat Malaysia kerana faktor-faktor tertentu antaranya adalah penjimatan minyak, harga mampu milik, sesuai untuk kegunaan bandar dan perjalanan jauh. Bagi mereka yang belum mampu untuk memiliki sendiri kereta ini, anda boleh menyewa Perodua Myvi dengan kami di Kereta Sewa Kota Bharu dengan harga yang amat berpatutan dan servis yang berkualiti. Harga sewaan bermula RM130/sehari dan lebih diskaun jika anda menyewa untuk 2 hari atau lebih. Sila hubungi kami untuk tempahan awal...        Call / Sms / Whatsapp                   

Proton Exora (A) - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Proton Exora (A) Proton Exora mula diperkenalkan pada Tahun 2009 oleh syarikat pengeluar kereta Malaysia, Proton. Exora tampil istimewa apabila bahagian bumbung belakangnya tidak menurun seperti mana kenderaan pelbagai guna masa kini yang lain. Ini memberikan lebih ruang di tempat duduk ketiga dan ruang yang lebih besar untuk penyimpanan bagasi. Tahun demi tahun Proton membuat proses penambahbaikan terhadap model Proton Exora ini. Antara penambahbaikan yang telah dibuat adalah dengan penggunaan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo untuk penambahan kuasa. Proton Exora juga di anugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNcap setelah melepasi ujian pelanggaran di Sepanyol. Penganugerahan ini sedikit sebanyak menambahkan keyakinan rakyat Malaysia untuk memiliki sendiri Proton Exora ini seterusnya membuktikan bahawa Proton amat mementingkan keselamatan dalam penghasilan kereta mereka. Bagi mereka yang ingin memandu sendiri Proton Exora ini t

Kereta Kompak vs Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Kereta Kompak vs Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kami di Kereta Sewa Kota Bharu mempunyai pelbagai jenis kereta untuk dipilih pada harga yang berbeza dan berpatutan untuk disewakan. Kebiasaannya kereta kompak seperti Perodua Viva, Perodua Axia dan Perodua Myvi lebih sesuai untuk pemaduan jarak dekat atau sederhana dan juga penumpang sekitar empat (4) orang beserta bagasi. Apabila dinaiki dengan lebih muatan dari segi penumpang atau bagasi, kenderaan ini akan menjadi agak kurang selesa kerana ruangan menjadi sempit dan akan memenatkan   bagi perjalanan yang jauh. Keadaan ini juga akan menambahkan kadar pembakaran bahan api. Kenderaan ini juga sesuai untuk pemanduan di Bandar kerana badan yang bersaiz kecil memudahkan urusan pergerakan dan parkir. Berbeza dengan kenderaan pelbagai guna, MPV (Multi Purpose Vehicle). Kenderaan ini bersaiz lebih besar dan mempunyai minimum 7 tempat duduk. Apabila tempat duduk dibelakang sekali diturunkan, ianya akan memberikan ruan