Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Kepentingan Kereta Sewa Pandu Sendiri

Kereta Sewa Kenapa kereta sewa ini penting? Kereta sewa pandu sendiri memang boleh dikira antara yang terpenting di kala kita yang memerlukannya. Jika kita tidak berada di tempat mereka yang memerlukan, memang kita akan melihat kereta sewa pandu sendiri ini sebagai sesuatu yang tidak penting. Kebiasaannya mereka yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri ini adalah mereka yang ada kereta, tetapi kereta mereka rosak atau tidak sesuai untuk perjalanan yang jauh. Ada juga yang memerlukan kereta yang lebih besar bagi memuatkan ramai penumpang. Antara sebab lain adalah mereka yang mengalami kesukaran untuk membuat pinjaman bagi membeli kereta sendiri. Ada juga mereka yang memang tidak mahu memiliki kereta sendiri kerana bagi mereka memiliki kereta sendiri ini adalah merupakan satu beban yang perlu ditanggung secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman dengan bank. Bayaran bulan-bulan kepada bank, insurans dan cukai jalan setiap tahun, kos pembaikan jika ada kerosakan dan lain-lain