Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Perodua Alza - Kereta Sewa Kota Bharu

Perodua Alza Siapa yang tidak kenal dengan jenama kereta perodua, ia merupakan salah sebuah jenama yang sangat popular di negara ini. Kebanyakkan kereta yang dihasilkan perodua mendapat sambutan hangat mana tidaknya pihak perodua sentiasa mengikut peredaran zaman dan yang paling penting mereka menjaga kualiti kereta dan keselamatan menjadi keutamaan mereka. Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua merupakan syarikat pengeluar kenderaan Malaysia yang kedua setelah proton. Ia ditubuhkan pada tahun 1993 dan kilangnya terletak di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Perodua Kancil merupakan kenderaan awal yang dihasilkan oleh pihak perodua dan ianya mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Seterusnya perodua terus mencipta beberapa jenis kenderaan lain seperti perodua myvi, perodua axia, perodua alza, perodua bezza dan banyak lagi. Perodua telah menggunakan reka bentuk komponen Daihatsu bagi setiap kenderaan yang dihasilkannya. Slogan korporat bagi perodua ialah “ Kehebatan Yang Past

Perodua Bezza - Kereta Sewa Kota Bharu

Perodua Bezza Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad merupakan syarikat pengeluar automotif Malaysia yang kedua setelah Proton. Ianya ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana terletak di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Pemegang saham Perodua ialah UMW Corporation Sdn Bhd, Toyota, MBM Resources Bhd, PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd dan Mitsui & Co. Ltd. Perodua mengeluarkan kenderaan ekonomi dan syarikat ini mempunyai lebih 10,000 pekerja dan ini menunjukkan syarikat perodua ini merupakan antara syarikat terbesar di Malaysia. Perodua juga menggunakan reka bentuk komponen Daihatsu. Perodua menjadi pengeluar terbesar kereta kompak di Asia Tenggara. Antara kereta yang dihasilkan pihak perodua ialah perodua alza, perodua viva, perodua axia, perodua rusa, perodua kembara, perodua myvi, perodua bezza dan banyak lagi. Slogan yang digunakan   oleh pihak perodua ialah “ Kehebatan Yang Pasti” ( 1997 – 2009) dan   Building Cars, People First ( 2009 – kini). Logo kor