Perodua
Bezza
Perodua atau Perusahaan Otomobil
Kedua Sendirian Berhad merupakan syarikat pengeluar automotif Malaysia yang
kedua setelah Proton. Ianya ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana terletak di
Sungai Choh, Serendah, Selangor. Pemegang saham Perodua ialah UMW Corporation
Sdn Bhd, Toyota, MBM Resources Bhd, PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd
dan Mitsui & Co. Ltd. Perodua mengeluarkan kenderaan ekonomi dan syarikat
ini mempunyai lebih 10,000 pekerja dan ini menunjukkan syarikat perodua ini merupakan
antara syarikat terbesar di Malaysia. Perodua juga menggunakan reka bentuk
komponen Daihatsu. Perodua menjadi pengeluar terbesar kereta kompak di Asia
Tenggara. Antara kereta yang dihasilkan pihak perodua ialah perodua alza,
perodua viva, perodua axia, perodua rusa, perodua kembara, perodua myvi,
perodua bezza dan banyak lagi. Slogan yang digunakan oleh pihak perodua ialah “ Kehebatan Yang
Pasti” ( 1997 – 2009) dan Building Cars,
People First ( 2009 – kini). Logo korporat yang digunakan oleh pihak perodua
adalah logo yang dihasilkan oleh seorang pelajar seni bina dari Universiti
Teknologi Malaysia iaitu Johnson Ng Weng Kuan. Logo itu digunakan dari 1993
sehingga 1997 dan seterusnya logo baharu digunakan dengan mengekalkan logo lama
dan ianya diolah menjadi lebih menarik . Warna hijau yang terdapat pada logo
perodua melambangkan tanggungjawab sosial kepada alam sekitar dan masyarakat,
manakala warna merah pula membawa erti pembangunan tenaga kerja yang cekap dan
daya tahan dalam menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi. Logo ini mula
digunakan pada tahun 1997 sehingga kini.
Perodua bezza merupakan salah sebuah
kenderaan yang telah dihasilkan oleh pihak perodua. Ia mula dilancarkan pada 21
Julai 2016 dan bertindak sebagai rakan sedan kepada perodua Axia. Perodua bezza
merupakan kereta sedan empat pintu yang dihasilkan oleh syarikat perodua. Nama
bezza diambil dari perkataan beza. Huruf “zz” di dalam bezza mewakili nombor 22
iaitu sempena 22 tahun perodua dalam industri automotif negara ini. Ia juga
merupakan kereta perodua yang pertama didatangkan dengan dengan ciri
keselamatan kawalan kestabilan elektronik. Model keluaran perodua bezza ini
berdasarkan model konsep Buddyz dan telah diberi nama kod D63D. Perodua bezza
ini mempunyai tiga varian iaitu Standard G, Premium X dan Advanced. Bagi varian
Standard G ianya dilengkapi dengan sistem audio dengan USB, slot telefon pintar
di konsol belakang, tempat duduk fabric, roda stereng poliuretana dan
sebagainya. Sememangnya sangat berbaloi bagi sesiapa sahaja yang memilih
perodua bezza ini sebagai kereta yang ingin mereka beli.
Bagi perodua bezza varian Premium X
pula terdapat peralatan dengan sistem audio yang telah dinaik taraf dengan USB
dan didatangkan dengan Bluetooth, sandaran kepala laras tempat duduk belakang,
pemegang pintu krom, petunjuk cermin sisi, lampu kabus depan, dan macam – macam
lagi. Manakala bagi perodua bezza varian Advance merupakan versi “ premium
tambahan daripada varian Premium X. Bagi varian Advance ini ia dilengkapi
dengan roda 14 inci direka berbeza, yang berkuasa dan menarik balik cermin sisi
dengan isyarat seterusnya dan skirting sisi. Ia juga dilengkapi dengan “ Eco-
Idle Sistem” bagi tujuan mengurangkan penggunaan bahan api. Ciri – ciri
keselamatan juga diambil kira dalam memastikan para pelanggan berada dalam
keadaan selamat apabila memandu kereta perodua bezza ini. Semua varian perodua
bezza ini mempunyai system brek anti – kunci ( ABS) dengan pengagihan daya brej
elektronik ( EBD) dan bantuan brek ( BA), dua beg udara SRS untuk pemandu dan
penumpang hadapan. Tambahan ciri keselamatan pada perodua bezza varian Premium
X dan Advanced ialah dua bermata sensor letak kereta depan diletakkan di setiap
sudut hadapan kereta serta tingkap perlindungan jem untuk tingkap kuasa sisi
pemandu. Bagi varian Advance ia mempunyai kawalan kestabilan elektronik ( VSC),
sistem kawalan cengkaman ( TRC), bantuan mula – daki (HAS). Perodua bezza
varian Advanced ini mendapat penarafan 5 bintang NCAP ASEAN dan bagi perodua
bezza varian Premium X dan Standard G pula mendapat 4 bintang.
Perodua bezza ini mempunyai dua
pilihan enjin iaitu berkapasiti enjin 1.0L dan 1.3L. Seterusnya Perodua bezza
juga menggunakan sistem mula- henti ( Eco Idle) pada varian Premium yang mana
ia menyamai teknologi i- Stop yang digunakan oleh Mazda2. Sistem ini berfungsi
mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatic bagi
mengurangkan masa enjin melahu dan ianya dapat menjimatkan penggunaan bahan
api. Kereta perodua bezza ini juga menyediakan waranti selama 5 tahun atau 150,
000km. Jadi ia sangat berbaloi untuk anda miliki. Perodua bezza ini juga mula
dijual pada harga RM 37,300 sehingga RM 50,800. Pihak perodua juga mengatakan
bahawa bezza adalah model mereka yang bersifat paling aerodinamik dengan
catatan 0.286 cd. Banyak ciri luarannya yang menampilkan sifat aerodinamik
seperti sirip aerodinamik dan lantainya yang rendah. Ruang bahagian belakang
atau bonet sangat besar dan ianya sesuai dibawa jalan jauh.
Akhir sekali, perodua bezza ini
sangat sesuai bagi mereka yang mencari sebuah kenderaan yang mempunyai ruang
yang besar dan selesa di samping dapat memuatkan 5 orang penumpang dalam satu –
satu masa. Perodua bezza ini juga menjadi idaman khususnya para wanita kerana
bonet belakangnya sangat besar dan mereka dapat letak pelbagai barangan di
situ. Sememangnya banyak keunikan dan kepentingan yang ada pada perodua bezza
ini dan yang paling penting sudah semestinya ia dilengkapi dengan ciri – ciri
keselamatan yang terbaik sekali gus menjadikan ia sebagai salah sebuah kereta
perodua yang menjadi rebutan dan idaman
orang ramai. Jadi anda boleh memilih kenderaan bezza mengikut varian yang anda
inginkan. Semuanya terletak pada diri anda dan sudah semestinya mengikut bajet
yang telah anda tetapkan.
Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk memiliki sendiri Perodua Bezza, anda boleh menyewa Perodua Bezza pada harga RM 120/ hari dan anda akan menikmati lebih diskaun jika sewa lebih dari satu hari. Di Kereta Sewa Kota Bharu juga anda boleh menyewa untuk masa yang lebih lama dengan kadar sewaan yang lebih istimewa.
Hubungi kami segera di Kereta Sewa Kota Bharu untuk mendapatkan harga istimewa. Anda boleh menghubungi kami di Kereta Sewa Kota Bharu dengan pelbagai cara antaranya:
Call, SMS, Whatsapp
#KeretaSewa #KeretaSewaKotaBharu #KotaBharu #Lundang
#KeretaSewaLundang #KeretaSewaKelantan #Klezcar #FbTravel #PasarSitiKhadijah
#Kelantan #MakanMakanKotaBharu #CarRental #KotaBharuCarRental
#KeretaSewaDiKotaBharu #pekoy #pekoycarrental
Comments
Post a Comment