Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Mercedes Benz A45 AMG - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Mercedes Benz A45 AMG Kehadiran banyak model terbaru dalam kelas menyaksikan satu persaingan yang hebat antara pengeluar-pengeluar kereta gergasi seperti BMW, Mercedes dan Volkswagen. Antara model yang menarik perhatian kami di Kereta Sewa Kota Bharu adalah model terbaru Mercedes Benz A45 AMG. Model ini dilihat mampu menarik ramai peminat dikalangan muda-mudi yang berada pada kategori mewah. Dengan harga di atas jalan sekitar RM 300,000.00 memang ada sesuatu disebalik jentera ini. Luaran dan kemasan dalaman yang sungguh menarik antara tarikan utama kenderaan ini. Dalaman berwarna gelap serta kemasan berwarna merah menaikkan semangat pemandu kenderaan ini. Kenderaan ini mempunyai kapasiti enjin standard 360 Kuasa Kuda dan 450 NM Torque, dengan 7 gear transmisi automatik mampu menggerakkan kenderaan ini dari keadaan pegun ke 100 km/j dalam hanya 4.6 saat. Tidak hairan lah kenderaan ini dilihat selalu berada di lorong paling kanan di lebuhraya seluruh Malaysia.

Jenis Kereta - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Kereta Kereta merupakan sejenis pengangkutan darat yang banyak dijumpai di atas jalan di Malaysia. Antara ciri-ciri asas sebuah kereta adalah mempunyai empat (4) tayar, enjin, pintu, bumbung, tempat duduk dan bahagian-bahagian asas yang lain. Terdapat banyak jenis kereta di Malaysia. Antaranya adalah compact, sedan, suv dan mpv. Semua jenis kereta ini boleh di sewa di Kereta Sewa Kota Bharu pada harga yang berpatutan. Compact merupakan kereta yang bersaiz kecil yang lebih sesuai digunakan di bandar. Ramai golongan wanita yang menggemari kereta jenis ini kerana memudahkan urusan parkir dan pemanduan di jalan yang agak kecil. Sedan merupakan antara kereta yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia antaranya mereka yang ada keluarga kecil. Ini kerana kereta jenis ini mempunyai ruang penyimpanan barang yang agak luas di bahagian belakang. Ini sangat membantu untuk mereka yang banyak barang dan sesuai untuk perjalanan jauh mahupun dekat. SUV atau Kenderaan U

BMW 328i Sport Line F30 - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

BMW 328i Sport Line F30 (2012) Jenama BMW memang tidak asing lagi di Malaysia. BMW memang terkenal dengan kereta yang tampak lebih garang pada sesetengah pandangan golongan muda, pertengahan dan juga atasan. BMW menjadi pilihan ramai kerana mempunyai spesifikasi yang menarik dan juga harga yang mampu milik bagi sesetengah rakyat Malaysia. Antara model yang menjadi pilihan ramai Eksekutif   Muda adalah Model 3 series, 328i Sport Line. Model ini dilihat menjadi pilihan kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan juga spesifikasi yang menarik. Antara spesifikasi kereta ini adalah: -           Leather Seat & Steering Wheel -           8 speed sport automatic transmission -           Auto Lights & Wiper -           4 Automatic Power Window -           18” Alloy Rims -           Auto Levelling Xenon Headlights -           LED Day Running Lights -           2.0 Liter Turbo Charge Engine -           245 Horse Power @ 5600 Rpm -           1 – 1