PANTAI CAHAYA BULAN
Merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.
Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak terbalas.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih.
Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pangunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting dalam industri batik, songket dan pembuatan layang-layang serta loyang.
#klezcarlundang
#keretasewalundang
#keretasewakotabharu
#keretasewakelantan
019-7634646
Comments
Post a Comment