PERUT BUKAN TONG SAMPAH
Sepatutnya sebelum menjamah hidangan, kita harus sedar bahawa sedap hanya di lidah. Apabila ia melepasi kerongkong, kesedapan itu akan menjadi penyakit.
Apabila penyakit melanda, biasanya para doktor perubatan akan menasihatkan supaya bersederhana dalam pemakanan. Elakkan gula, garam dan lemak berlebihan. Hakikatnya, sebelum para doktor perubatan menemui rahsia ini, Al-Quran dan Rasulullah sudah lama membimbing kita untuk bersederhana mengisi perut.
Amalkanlah gaya hidup sihat seperti yang disarankan Rasulullah.
"anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan." (al-Tirmizi)
Sumber dari majalah al-ustaz volume 03 no 32
#klezcarlundang
#keretasewalundang
#keretasewakotabharu
#keretasewakelantan
Comments
Post a Comment