WAKAF CHE YEH
Sebut sahaja pasar malam Wakaf CHe Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ni.
Kawasan Wakaf Che Yeh ini adalah pasar borong yang berkonsepkan pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan seperti jersi bola, t-shirt, tudung, kain, pakaian wanita, makanan dan macam-macam ada.
Terdapat banyak kemudahan asas di kawasan sekitar Pasar Malam Wakaf Che Yeh termasuk, kedai makan, kopitiam, hotel, stesen minyak dan bangunan-bangunan baru perniagaan.
Bagi mereka yang kali pertama datang ke Kelantan, anda harus pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini bagi sama-sama merasai susana meriah dengan ragam penjual dan juga pengunjung dari dalam dan luar negeri.
#klezcarlundang
#keretasewalundang
#keretasewakotabharu
#keretasewakelantan
019-7634646
Comments
Post a Comment