Assalamualaikum Semua,
Ada yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk membuat editing yang mudah dan senang menggunakan handphone.
Disini saya ingin kongsikan teknik yang saya gunakan. Mungkin banyak lagi teknik lain, tapi ini adalah apa yang saya gunakan. Saya belajar ini daripada beberapa orang guru.
Kami di Kereta Sewa Kota Bharu suka menggunakan Applikasi ini kerana ianya PERCUMA yang boleh di dapati di Play Store dan juga SENANG untuk digunakan.
***
ERASER
Merupakan applikasi yang digunakan untuk membuang latar belakang gambar asal yang anda ambil menggunakan kamera handphone. Anda hanya perlu memilih gambar yang mana yang anda inginkan, dengan memilih "Load A Photo" dan boleh memulakan proses membuang latar belakang. Anda boleh memilih untuk menggunakan teknik Auto ataupun Manual.
Untuk latang belakang dan objek yang jelas perbezaan tona warnanya, anda boleh memilih Auto. Saya lebih suka menggunakan teknik Manual.
Pastikan gmabar yang anda pilih adalah gambar yang jelas.

(Contoh gambar yang telah dibuang latar belakang menggunakan applikasi Eraser)
PICLAB STUDIO
Merupakan antara applikasi yang kami gunakan untuk menampal gambar yang telah dibuang latar belakangnya sebelum ini dengan latar belakang yang lebih sesuai dengan tema dan tujuan.
Hanya perlu memilih gambar yang ingin dijadikan latar belakang baru, seterusnya memilih "Add Photo" untuk menambah gambar sebagai objek pada latar belakang berkenaan.
Setelah selesai, jangan lupa klik pada tanda "Right" di atas sebelah kanan dan memilih "Save to Gallery".
(Contoh gambar yang telah di edit menggunakan applikasi Piclab Studio)
PHOTOGRID
Merupakan applikasi yang kami gunakan untuk memasukkan "Watermark" dan sebarang jenis tulisan pada gambar yang diperlukan. Klik "Edit" dan boleh terus pilih gambar untuk di edit. Ada banyak pilihan di bahagian bawah skrin, anda boleh buat pilihan mana yang sesuai. Selepas selesai, jangan lupa untuk klik "Next" dibahagian atas sebelah kanan dan "Save".
(Contoh gambar yang di edit menggunakan applikasi Photogrid)
SNAPSEED
Merupakan applikasi yang digunakan untuk memasukkan tulisan yang lebih menarik nampak seperti di Cop pada gambar. Anda hanya perlu memilih gambar yang ingin di edit, klik 'Tools"dan pilih "Text" dan boleh terus pilih susunan dan kombinasi macam mana yang diinginkan. Selepas selesai, jangan lupa untuk Klik "Right" di bawah sebelah kanan dan klik "Export" dan seterusnya "Save".
(Contoh gambar yang di edit menggunakan applikasi Snapseed)
Selamat Mencuba!
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca.
***
Jika anda memerlukan perkhidmatan Kereta Sewa, boleh terus hubungi kami di Kereta Sewa Kota Bharu.
Pejabat kami terletak di hadapan KBMC dan bersebelahan dengan OUM di jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
Anda juga boleh hubungi kami melalui panggilan, sms dan whatsapp ke -->> 0197634646 / 0125646469
Kami di Kereta Sewa Kota Bharu menyediakan perkhidmatan sewa kereta pada harga yang berpatutan.
Comments
Post a Comment