JAWATAN KOSONG
Kami di Kereta Sewa Kota Bharu sedang mencari seorang Lelaki yang memerlukan pekerjaan. Kemasukan adalah segera.
Ini adalah kerana bagi mengisi kekosongan jawatan "Operation Crew (OC)" yang kini kekosongan kerana staff yang sebelum ini mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik bersesuaian dengan apa yang beliau pelajari di Universiti.
Kami di Kereta Sewa Kota Bharu mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas khidmat selama bekerja dengan kami. Beliau merupakan seorang pekerja yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta jujur dan amanah. Itu yang menyebabkan agak sukar bagi kami melupakan beliau. Semoga beliau lebih berjaya di masa hadapan seterusnya berjaya di akhirat kelak.
Operation Crew (OC) bertanggungjawab dalam kerja yang berkaitan menjaga hal ehwal kereta. Semua yang berkaitan dengan kereta termasuk basuh, baiki, penyelenggaraan, dan keselamatan. Selain daripada itu, OC juga bertanggungjawab dalam menguruskan pelanggan. Mereka merupakan orang hadapan yang akan bersemuka dengan pelanggan untuk urusan penyerahan dan pemulangan kereta.
Staff OC juga merupakan Duta kepada kereta sewa Kota Bharu. Mereka akan menjadi kayu ukur pertama pandangan pelanggan terhadap kami.
Ciri-Ciri:
- Lelaki
- Kemas
- Boleh menerima arahan dengan baik
- Boleh membaca, menulis, mengira
- Mesra pelanggan
- Menjaga SOLAT
- Menutup aurat dengan sempurna
- Minat untuk bekerja
- Bertoleransi
- Jujur & Amanah
- Ada lesen memandu
- Tinggal di sekitar kawasan Lundang, Kota Bharu
- Ada Smart Phone
***
Jika anda yang kami cari, sila hantar resume anda dengan SEGERA ke:
Email - fbtravelmalaysia@gmail.com
Call - +6019 763 4646
Whatsapp - wasap.my/60197634646
***
Gaji Basic - RM 1,100.00 / month
OT - Ada
Elaun Outstation - Ada
KWSP - Ada
Socso - Ada
Cuti Tahunan - Ada
Cuti Sakit - Ada
Kereta Sewa Kota Bharu - Kereta Sewa Lundang - Hadapan KBMC - Jawatan Kosong - OC
Comments
Post a Comment