Skip to main content

Kereta Sewa Kota Bharu - Makan Makan 0197634646




Makan Makan Kota Bharu

Menjelang cuti sekolah yang tidak lama lagi pasti ramai orang yang sudah memilih destinasi percutian untuk seisi keluarga. Sememangnya negara kita mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi maka tidak hairanlah ramai pelancong dari dalam dan luar negara memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka. Bukan hanya mempunyai tempat – tempat menarik, Malaysia juga sering menjadi tumpuan para pelancong kerana kaya dengan pelbagai agama, budaya dan adat yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kota Bharu merupakan antara salah satu tempat tumpuan para pelancong kerana ia merupakan ibu negeri Kelantan dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia di samping terletak berhampiran dengan negeri Terengganu. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawati apabila sampai di sini antaranya ialah Masjid Sultan Ismail Petra, Pasar Besar Kota Bharu, Perusahaan Batik dan sebagainya. Tidak sah jika sampai Kelantan tapi tidak singgah menjamu selera di Bandaraya Islam ini.
Terdapat banyak tempat makan yang menarik yang boleh anda sekeluarga singgah sewaktu bercuti di sini antaranya ialah :
1.      Restoran Nasi Sup Sri Cemerlang
Restoran ini tidak asing lagi bagi penduduk di Kota Bharu ini kerana restoran ini mempunyai daya tarikannya tersendiri iaitu sup yang dimasak sangat sedap dan sentiasa menjadi pilihan orang ramai yang datang singgah menjamu selera di sini. Antara menu yang popular di restoran ini ialah sup tulangnya yang dihidang dalam keadaan panas pasti membuatkan anda terpukau dengan keenakannya. Selain itu anda juga boleh menjadikan daging bakar sebagai salah satu menu untuk dinikmati.
Lokasi : Jalan Sri Cemerlang 1/27, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi : Setiap hari kecuali jumaat ( 11 pagi – 4 pagi )




2.      Restoran Nasi Ulam Cikgu
Merupakan restoran yang menggunakan konsep ala negeri Kelantan dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasa keunikan masakan negeri Kelantan ini. Restoran ini menyediakan menu untuk makan tengahari dan sudah semestinya harga yang ditawarkan berpatutan dan berbaloi. Pelbagai lauk pauk yang disediakan di sini dan anda boleh pilih sendiri lauk apa yang ingin anda rasa. Ulam – ulaman juga disediakan dan sudah semestinya budu yang menjadi makanan wajib bagi orang Kelantan juga ada dijual di restoran ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang menikmati hidangan orang Kelantan  di restoran ini.
Lokasi : Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu,15300 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi : Setiap hari kecuali Jumaat ( 11 pagi – 5 petang)

3.      Kedai Nasi Kak Wook
Sangatlah rugi jika anda dah sampai di Kota Bharu tapi tidak singgah ke kedai ini. Mana taknya kedai ini sangat popular dengan nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Kedai ini diusahakan oleh seorang pengasas nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus bersama gulai kerompes ayam iaitu arwah Mek Wok Bt Hassan. Jadi anda boleh menikmati kesedapan masakan yang disediakan sejak turun temurun lagi.
Lokasi : Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi : Setiap hari kecuali sabtu ( 7.30 pagi – 2.30 petang)

4.      Ikan Bakar Kukup
Bagi penggemar ikan bakar anda boleh menjadikan restoran ini sebagai destinasi anda. Selain dari menu ikan bakar, restoran ini juga menyediakan pelbagai hidangan lain seperti masakan western dan makanan ringan. Shell out dan masakan Thai juga ada di sini. Anda juga boleh menikmati dessert yang sedap di sini seperti ABC dan aiskrim pelbagai perisa. Restoran ini mula beroperasi petang sehingga tengah pagi jadi anda tidak perlu risau kerana waktu operasinya yang panjang pasti anda dapat menjejakkan kaki ke sini.
Lokasi : Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi : Setiap hari ( 4.30 petang – 2 pagi)

5.      Sweetheart Coffee Shop
Bagi anda yang inginkan kelainan dalam menu makanan anda, anda boleh jadikan kedai ini sebagai pilihan utama anda apabila singgah atau bercuti di Kota Bharu. Kedai ini menyediakan masakan ala – ala barat seperti olio pasta, milkshake, wafel buttermilk madu, dan sweet & sour chicken chop. Anda juga boleh menikmati pelbagai dessert yang sedap – sedap di kedai ini. Sememangnya anda akan rambang mata untuk pilih masakan yang disediakan dan yang pastinya anda akan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan di sini.
Lokasi : 6022, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi : Setiap hari kecuali ahad ( 11 pagi – 11 malam)

6.      Chapter CafĂ©
Merupakan salah sebuah kafe yang menyediakan masakan seafood dan masakan barat. Sesuai untuk mereka yang ingin menjamu selera dengan keadaan yang eksklusif kerana kafe ini dihias dengan begitu cantik dan menjanjikan keselesaan buat para pelanggan. Antara menu yang disediakan di sini ialah pasta seafood, pudding, kek cheese dan burger. Bagi anda yang ingin menikmati dessert yang pelbagai, kafe ini merupakan tempat yang betul dan tepat dan sudah semestinya harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan hidangan yang disediakan.
Lokasi : Lot 1084, Sek 29, Taman Tengku Ahmad Panglima, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu
Waktu operasi : Setiap hari kecuali Isnin ( 11 pagi – 11 malam)

Sebenarnya banyak lagi tempat makan menarik yang ada di Kota Bharu ini tapi ini adalah beberapa tempat yang boleh anda cuba apabila meluangkan masa di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Antara tempat makan lain yang popular di sini ialah Yati ayam percik, restoran KST, The Bold Lab dan macam – macam lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa masakan yang disediakan di sini. Sambil menyelam kita minum air, sambil melancong kita menikmati juadah yang menarik tertarik kebaboom di Kota Bharu ini. Selamat menjamu selera dan jangan lupa bawa yang tersayang untuk merasai sendiri kelazatan makanan – makanan yang ada di sini.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Isi Minyak Hyundai Starex Royale - Kereta Sewa Kota Bharu

Bagi mereka yang merancang untuk perjalanan jauh bersama keluarga tersayang, Hyundai Starex Royale merupakan pilihan terbaik yang kami tawarkan di Kereta Sewa Kota Bharu. Dengan enjin 2.5 CC Turbo Diesel, menjadikan pemanduan sungguh menyeronokkan. Starex juga didatangkan dengan 11 tempat duduk yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan. Enjin 2.5 CC Turbo Diesel Starex menjadikan pemanduan MPV seperti sedan kerana lebih yakin semasa memotong. Sistem audio yang hebat dilengkapi dengan 2 LCD bagi kemudahan penumpang terutamanya kanak-kanak. PERINGATAN! Starex menggunakan DIESEL! Disini kami akan kongsikan cara untuk mengisi minyak Starex. Cara ini mungkin berbeza dengan kenderaan lain. 1.       Tempat mengisi minyak starex berada di sebelah kiri. 2.       Untuk membuka tempat mengisi minyak, anda perlu menekan butang yang bertanda “Pump Minyak” pada pintu pemandu, di bawah sedikit dari kawalan cermin di sebelah kanan seperti di dalam gambar. 3.       Ap

Doa Menaiki Kenderaan - Kereta Sewa Lundang

Kereta Sewa Kelantan | Kereta Sewa Kota Bharu | Kereta Sewa Lundang | Doa Menaiki Kenderaan DOA MENAIKI KENDERAAN Kita memang digalakkan untuk membaca doa dalam setiap perlakuan kita seharian. Islam memang mengajar kita setiap doa. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang terlepas pandang beberapa doa harian yang sebenarnya sangat penting dan sangat berguna kepada kita jika diamalkan. Kami di Kereta Sewa Kota Bharu ingin berkongsi salah satu daripada doa harian yang sering kita amalkan iaitu doa Menaiki Kenderaan. Semoga kita semua mendapat manfaat dan kebaikan. Pernah tak terjadi: Kereta rosak di saat akhir? Roadtax terlupa bayar? Kereta tidak sesuai untuk perjalanan yang jauh? Jangan Risau! Kami ada penyelesaian kepada masalah anda tersebut. Kami di kereta sewa kota bharu menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri pada harga yang berpatutan. Boleh terus berhubung dengan pegawai kami yang bertugas untuk tindakan lanjut. Hubungi kami —

Tekanan Angin Tayar - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Tekanan Angin Tayar Pasti ada di antara kita yang tidak pasti bagaimana cara untuk mengetahui dengan tepat berapa tekanan angin tayar yang sepatutnya. Cuba lihat "sticker" putih yang terletak pada tepi pintu tempat duduk pemandu. Perlu buka pintu untuk melihat. Baca dengan teliti dan pastikan unit yang digunakan pada alat penambah angin adalah sama. Salah unit boleh mengundang bahaya. Isi angin mengikut bacaan yang di sarankan. Kurang atau lebih angin akan menyebabkan kerosakan pada tayar. Harga sewaan Myvi di kereta sewa Kota Bharu bermula dari RM130/sehari dan lebih diskaun jika anda menyewa untuk 2 hari atau lebih. Sila hubungi kami untuk tempahan awal...        Call / Sms / Whatsapp                    0197634646 Mengapa anda perlu memilih kami kereta sewa Kota Bharu - Lundang? •  Kami berpengalaman dalam bidang kereta sewa di Kota Bharu •  Kereta kami di jaga dengan baik, bersih, dan wangi •  Rangkaian kami terbesar di Malaysia, maka anda