Skip to main content

Perodua Myvi - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646


              Perodua Myvi

Kenderaan pacuan empat roda merupakan antara kenderaan yang menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Mana tidaknya kenderaan ini banyak membantu dari pelbagai aspek terutamanya menjadi perlindung di saat hujan turun dan sudah semestinya memudahkan pergerakkan seseorang dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat beberapa jenama besar yang popular di negara ini antaranya Toyota, Mitsubushi, Nissan, Isuzu dan banyak lagi. Setiap jenama ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Bagi anda yang sedang mencari kenderaan untuk dibeli, anda boleh merujuk kepada kriteria yang anda inginkan dan faedah – faedah yang anda dapat apabila memilih jenama kenderaan tersebut.

Namun kenderaan jenis kompak juga tidak dinafikan ada kelebihan tersendiri seterusnya menjadi antara kenderaan yang paling banyak di atas jalan raya Malaysia. Jenama Perodua merupakan salah satu pilihan kenderaan kompak yang utama oleh rakyat Malaysia kerana mempunyai banyak manfaat dan sudah semestinya jenama ini sangat berkualiti dan tidak mudah rosak.
Perodua telah menghasilkan beberapa kereta yang boleh anda miliki antaranya ialah Perodua Axia, Perodua Myvi, Perodua Bezza,  Perodua Kancil, Perodua Alza, Perodua Kenari dan banyak lagi. Kereta keluaran Perodua ini sentiasa mendapat sambutan hangat terutamanya pada waktu potongan harga atau lebih dikenali sebagai rebate. Perodua merupakan pengeluar automotif untuk kereta buatan Malaysia yang kedua selepas Proton. Jenama Perodua ini mempunyai daya saing yang tinggi di rantau Asia dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Perodua Myvi merupakan salah sebuah kereta yang menjadi tumpuan penduduk Malaysia kini kerana ia mempunyai banyak keistimewaan dan bodynya yang agak “ sexy” menjadikan ia sebagai pilihan utama pemandu.
Perodua Myvi yang dihasilkan merupakan model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta Malaysia. Perodua ini dibuat pada tahun 2005 dan ianya berasaskan Daihatsu Sirion/Boon. Maka tidak hairanlah mengapa perodua Myvi menjadi antara kereta yang terlaris sejak 5 tahun berturut- turut. Generasi pertama perodua Myvi ialah pada tahun 2005 hingga 2011 dimana ia terdiri daripada lima variasi iaitu :
·         1.0SR ( manual 5 kelajuan)
·         1.3SX ( manual 5 kelajuan)
·         1.3EZ ( auto 4 kelajuan)
·         1.3Sxi ( manual 5 kelajuan)
·         1.3Ezi “ Premium” ( auto 4 kelajuan)

Warna – warna Ebony Black, olive green, perak , jingga, emas, merah, dan putih merupakan warna kereta Myvi. Pada tahun 2008 terdapat beberapa tambahan warna seperti medallion grey, lvory white, pearl white dan pelbagai lagi. Bagi versi 2008 pula perodua Myvi ini mempunyai keistimewaan yang baru seperti perubahan pada kekisi depan, bamper depan, bamper belakang di samping warna – warna yang lebih menarik. Selain itu Myvi 1.3 menjadi “ Car of the Year 2005/2006 oleh majalah tempatan Autocar ASEAN.
Generasi kedua iaitu dari 2011 sehingga 2017 menyaksikan tiga perapi untuk 1.3 iaitu standard, premium dan elegance manakala 1.5 pula ialah special edition dan extreme. Kesemua kereta ini mempunyai beg udara. Orang ramai boleh memilih warna Myvi ini antaranya ialah warna ebony black, glittering silver, medallion grey, lvory white, pearl white dan mystical purple. Mempunyai perubahan di bahagian enjin iaitu kenaikan 4HP dalam myvi 2011 adalah kerana kuasa elektronik ( EPS). ISOFIX juga menjadi piawaian untuk semua myvi 2011 untuk pemasangan tempat duduk kanak- kanak. Seterusnya ialah generasi ketiga yang mana bermula dari 2017 sehingga kini. Ia mula diperkenalkan pada 8 November 2017 dan dilancarkan pada 16 November 2017. Antara perubahan yang terdapat pada kereta myvi ini ialah enjinnya telah diperbaiki oleh pihak perodua bagi memastikan kecekapan bahan bakar dan memperoleh standard EEV. Ia juga mendapat bantuan dan nasihat dari Toyota dan Daihatsu dalam memastikan kereta perodua ini boleh digunakan dengan selamat dan baik. Selain itu juga, perodua myvi ini telah mendapat beberapa pengiktirafan antaranya ialah 3 kompak hatch terbaik Malaysia- anugerah Aurizn 2018 “ kereta tahunan Malaysia”, kompak hatch terbaik – anugerah pilihan pengarang carsifu 2018 dan kenderaan tahunan 2018 – anugerah kenderaan tahunan (voty) dfs.my Allianz 2018.
Selain daripada memiliki perubahan dalam setiap generasi, anda juga perlu mengambil tahu beberapa perkara tentang kereta Myvi yang terkini antaranya ialah enjin yang dimiliki oleh perodua Myvi adalah sama seperti perodua Bezza. Perodua myvi yang terbaru iaitu pada tahun 2018 mempunyai enjiin DVVT-I dan 2NR-VE1.5L. Selain itu, harga yang ditawarkan bermula dari RM 44,300 sehingga RM 55,300. Harga berbeza mengikut spesifik kereta yang ditawarkan. Harga yang tersedia sememangnya berbaloi dengan kelebihan yang ada pada kereta perodua myvi tersebut. Kebiasaanya orang ramai akan menunggu waktu rebate kerana mereka dapat mengurangkan bayaran kenderaan tersebut. Perodua myvi 2018 ini juga didatangkan dengan enam pilihan warna yang menarik seperti granite grey metallic, peppermint green metallic, lava red, mystical purple, glittering silver dan ivory white. Jadi bagi anda yang berkeinginan membeli kereta perodua myvi yang terbaru, anda boleh memilih warna mengikut kehendak anda.


Akhir sekali, setiap kereta mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Perodua myvi merupakan salah satu kereta yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai terutamanya generasi muda kerana ia mengikut trend terkini dan sudah semestinya mempunyai banyak kelebihan yang mendatangkan keuntungan pada si pembeli. Pihak perodua juga sentiasa memastikan yang terbaik buat pelanggan – pelanggannya. Aspek keselamatan merupakan antara elemen yang dipandang serius oleh pihak perodua dalam memastikan kenderaan berfungsi dengan baik dan oleh kerana itu juga, kereta perodua myvi 2018 ini dilengkapi dengan bantuan keselamatan termaju (ASA) dan keretanya dilengkapi dengan 6 beg udara bagi versi premium manakala bagi versi standard pula di lengkapi dengan 4 beg udara.  Maka tidak hairanlah mengapa perodua myvi ini sentiasa mendapat sambutan orang ramai. Jadi pilihan di tangan anda, anda berhak memilih kenderaan yang anda minat dan inginkan dan yang paling penting pastikan anda memilih kereta yang mempunyai ciri keselamatan yang bagus kerana ia dapat melindungi diri dari pelbagai bahaya yang mendatang.



Comments

Popular posts from this blog

Cara Isi Minyak Hyundai Starex Royale - Kereta Sewa Kota Bharu

Bagi mereka yang merancang untuk perjalanan jauh bersama keluarga tersayang, Hyundai Starex Royale merupakan pilihan terbaik yang kami tawarkan di Kereta Sewa Kota Bharu. Dengan enjin 2.5 CC Turbo Diesel, menjadikan pemanduan sungguh menyeronokkan. Starex juga didatangkan dengan 11 tempat duduk yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan. Enjin 2.5 CC Turbo Diesel Starex menjadikan pemanduan MPV seperti sedan kerana lebih yakin semasa memotong. Sistem audio yang hebat dilengkapi dengan 2 LCD bagi kemudahan penumpang terutamanya kanak-kanak. PERINGATAN! Starex menggunakan DIESEL! Disini kami akan kongsikan cara untuk mengisi minyak Starex. Cara ini mungkin berbeza dengan kenderaan lain. 1.       Tempat mengisi minyak starex berada di sebelah kiri. 2.       Untuk membuka tempat mengisi minyak, anda perlu menekan butang yang bertanda “Pump Minyak” pada pintu pemandu, di bawah sedikit dari kawalan cermin di sebelah kanan seperti di dalam gambar. 3.       Ap

Doa Menaiki Kenderaan - Kereta Sewa Lundang

Kereta Sewa Kelantan | Kereta Sewa Kota Bharu | Kereta Sewa Lundang | Doa Menaiki Kenderaan DOA MENAIKI KENDERAAN Kita memang digalakkan untuk membaca doa dalam setiap perlakuan kita seharian. Islam memang mengajar kita setiap doa. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang terlepas pandang beberapa doa harian yang sebenarnya sangat penting dan sangat berguna kepada kita jika diamalkan. Kami di Kereta Sewa Kota Bharu ingin berkongsi salah satu daripada doa harian yang sering kita amalkan iaitu doa Menaiki Kenderaan. Semoga kita semua mendapat manfaat dan kebaikan. Pernah tak terjadi: Kereta rosak di saat akhir? Roadtax terlupa bayar? Kereta tidak sesuai untuk perjalanan yang jauh? Jangan Risau! Kami ada penyelesaian kepada masalah anda tersebut. Kami di kereta sewa kota bharu menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri pada harga yang berpatutan. Boleh terus berhubung dengan pegawai kami yang bertugas untuk tindakan lanjut. Hubungi kami —

Tekanan Angin Tayar - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Tekanan Angin Tayar Pasti ada di antara kita yang tidak pasti bagaimana cara untuk mengetahui dengan tepat berapa tekanan angin tayar yang sepatutnya. Cuba lihat "sticker" putih yang terletak pada tepi pintu tempat duduk pemandu. Perlu buka pintu untuk melihat. Baca dengan teliti dan pastikan unit yang digunakan pada alat penambah angin adalah sama. Salah unit boleh mengundang bahaya. Isi angin mengikut bacaan yang di sarankan. Kurang atau lebih angin akan menyebabkan kerosakan pada tayar. Harga sewaan Myvi di kereta sewa Kota Bharu bermula dari RM130/sehari dan lebih diskaun jika anda menyewa untuk 2 hari atau lebih. Sila hubungi kami untuk tempahan awal...        Call / Sms / Whatsapp                    0197634646 Mengapa anda perlu memilih kami kereta sewa Kota Bharu - Lundang? •  Kami berpengalaman dalam bidang kereta sewa di Kota Bharu •  Kereta kami di jaga dengan baik, bersih, dan wangi •  Rangkaian kami terbesar di Malaysia, maka anda